Bila raya hampir tiba memang banyak jualan, tawaran dan promosi istimewa. Tapi apa yang menghairankan Noli ialah kenapa lebih banyak iklan jualan dan tawaran raya di akhbar Inggeris berbanding akhbar Melayu? Kepada siapa tawaran dan jualan berkenaan ditujukan sebenarnya jika diiklankan dalam.akhbar Inggeris? Mereka mahukan jualan raya itu dimanfaatkan oleh mereka yang menyambut Hari Raya atau mereka yang tidak menyambutnya? Tapi Noli faham edaran akhbar Inggeris jauh lebih tinggi dari akhbar Melayu. Jadi meletakkan iklan di akhbar Inggeris membolehkan pengiklan mencapai lebih banyak pembaca. Tapi apa salahnya iklankan saja di kedua-dua akhbar Melayu dan Inggeris…