Sebelum ini Noli pernah terdengar lagu Janji Ditepati di NasionalFM. Noli rasa pelik dengan bait-bait liriknya yang berbunyi `Kini masa balas budi’ . Macam terdesak sangat minta undi.

Pertama kali mendengar lagu ini Noli berkata di dalam hati, `Lagu patriotik apa ini tak sedap langsung….’

Hari ini lirik lagu Janji Ditepati dikeluarkan portal Malaysiakini. Dan dengan pantas ia pun tersebar meluas di laman sosial facebook. Apa lagi ramailah yang ketawakan dan mengutuk lirik lagu ini.

Memanglah kerajaan sudah buat banyak perubahan dan pembaharuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan banyak lagi.

 Tapi tang bab logo, tema dan lagu sempena Hari Kemerdekaan depa lupa kot…..