Selain lulus peperiksaan di sebuah kedutaan asing di Kuala Lumpur dan menunggu temuduga Noli dapat tawaran lain. Noli ditawarkan untuk bekerja di sebuah agensi kerajaan dengan skim kerajaan yang membolehkan Noli menikmati pencen setelah bersara. Bila ramai yang katakan jerja di kedutaan asing seperti menjual negara sendiri dan menjadi ejen asing Noli memutuskan untuk menyertai sektor awam. Tapi baru Noli perasan Noli tidak pernah mengambil sijil SPM kerana terlupa. Hari ini baru pergi buat permohonan untuk dapatkan sijil itu di blok E11 Putrajaya. Sijil boleh diperolehi dalam masa 7 hari bekerja. Mereka di kaunter Lembaga Peperiksaan melayan Noli dengan mesra…Stavas untuk warga Lembaga Peperiksaan termasuk pengawal keselamatannya. ..