Sebelum 2012 melabuhkan tirai ada dua berita yang menyedihkan bagi saya. Satu ialah kes rogol beramai-ramai pelajar perubatan di India sehingga beliau mati ketika menerima rawatan di Singapura. Di Malaysia seorang isteri muda mati selepas dipercayai selepas berselisih faham dengan suami. Apakah mentaliti golongan lelaki terhadap wanita semakin ke belakang? Di tempat kerja ramai yang tidak berpuas hati dengan diskriminasi jantina. Harap 2013 akan membawa banyak berita baik untuk golongan wanita. Itupun andainya golongan tertentu mengubah pandangan mereka terhadap wanita. Jika tidak dunia makin maju tapi pandangan terhadap wanita mungkin masih di tahap zaman batu