Baru-baru ini Noli demam kerana mungkin terlalu penat. Sibuk kerja dan membantu majlis perkahwinan anak saudara. Akibatnya Noli demam. Bisa bukan main seluruh badan. Pulang kerja Noli pergi berurut di sauna jamu herba tradisional di teluk gadong klang dengan seorang tukang urut indonesia bernama yoyok. Katanya noli demam kerana urat masuk angin dan terlalu penat. Noli berurut 2 jam namun selepas diurut selama sejam badan mula berpeluh dan rasa lega sikit demi sikit. Esoknya terus hilang demam. Baru-baru ini Noli berlulur sama si yoyo. Selain gunakan lulur kocok dicampur lulur  bengkoang yoyo gunakan limau purut untuk scrub badan Noli. Hasilnya kulit begitu lembut, bersih dan berbau harum.