Noli memang suka berjogging di FRIM sejak 2010. Tapi asyik terlupa hendak dapatkan pelekat kereta. Tanpa pelekat terpaksa bayar rm5 setiap kali memandu ke frim untuk beriadah. Tahun ini sejak november tahun lalu lagi Noli sentiasa bertanya bila pelekat frim untuk tahun depan boleh dibeli. Akhirnya pada minggu pertama bulan januari Noli berjaya dapat pelekat FRIM. Sekarang setiap kali memandu masuk ke FRIM tak perlu korek duit lagi…Pengawal FRIM sekarang siap tabik kereta Noli. Ini azam pertama yang berjaya dicapai dalam 2013. Orang memang sangat ramai pada hari pertama pelekat FRIM dijual. Dan Noli seorang saja Melayu pada hari itu. Nampak sangat bukan Melayu – bangsa apa tak payahle cakap kan….sangat mementingkan riadah, rekreasi dan tentunya kesihatan.