Hari ini Noli kerja petang. Jadi bangun pagi Noli bercadang hendak servis kereta. Kerana cuti Tahun Baru Cina hampir tiba takut nanti pusat servis ramai dan terpaksa menunggu lama di tempat servis.

Lagipun gaji baru masuk. Kalau lambat pergi servis kereta alamat duit yang sudah diasingkan untuk servis kereta terlajak digunakan untuk shopping pula.

Sedang Noli menggosok baju dan make up untuk ke pusat servis Noli terdengar DJ Muaz Nasional FM mengumumkan bahawa 9.15 nanti akan ada temubual eksklusif dengan negarawan negara Tun Dr M.

Wah menarik ni. Noli pun kuatkan radio. Noli rasa temubual itu adalah rakaman tapi Noli tak kisah pun sama ada rakaman atau siaran langsung. Yang pasti boleh dengar buah fikiran negarawan, cedikiawan dan pemikir Melayu anak Malaysia.

Temubual bermula dengan bagaimana Dr M dan Siti Hasmah menjaga kerukunan rumahtangga selama lebih 50 tahun.

Kalau tak silap Tun M menjawab dalam rumahtangga mesti ada tolak-ansur. Dan Tun M ada mengaku beliau jarang menunjukkan kasih sayang.

Namun Siti Hasmah amat memahami diri beliau dan tidak pernah mengganggu tugas Tun M dan sentiasa memahami jika Tun M tidak boleh bersama beliau kerana tugas.

Ketika itu Nasionalfm memutarkan lagu My Baby You dendangan Marc Anthony.

Pada pandangan Noli, Tun M dan Siti Hasmah patut diundang untuk memberikan ceramah atau berkongsi pengalaman bagaimana meningkatkan persefahaman dan menjaga kerukunan rumahtangga dalam keadaan suami mempunyai banyak tugas penting.

Ini kerana pasangan muda sekarang banyak yang menghadapi keruntuhan rumah tangga.

Pasangan hari ini patut mencontohi kesabaran dan kebahagiaan rumah tangga Tun  M dan Siti Hasmah.