image

Tahun lalu Noli ada dapat surat saman melalui pos kononnya Noli salah letak kereta dan halang lalu-lintas di Pontian. Soalnya Noli tak pernah pergi Pontian. Seram pula tengok surat saman tu… Satu hari Noli korbankan off day pergi balai pj tapi susah parking le pulak kat area balai pj tu. Noli pun call kawan baik yang Noli gelarkan crime chief. Crime chief ajar Noli pergi ke Bukit Aman di tepi pintu masuk Bukit Aman ada kaunter cek saman. Noli pernah ke Bukit Aman kerana tugas tetapi waktu Noli junior dulu. Jadi sekarang sudah ingat2 lupa. Lagipun Noli pernah dotukarkan bertugas di selatan JB Singapura dan sebagainya. Sudah tak berapa ingat macam mana Noli bertugas di Bukit Aman dulu2. Noli sangka masuk kr Bukit Aman ikut British Council depan Dayabumi kawan Noli cakap jalan itu dah tak boleh masuk lagi. Oh jadi kena masuk Bukit Aman ikut Lake Garden. Noli tanya lagi crime chief Noli pakai legging ketat dgn sleeveless boleh naik Bukit Aman ke crime chief cakap yang penting kau pakai coli. Sampai di Bukit Aman Noli pergi kaunter semak saman dan cakap macam mana saya dapat saman ni saya tak pernah pergi Pontian. Petugas kaunter mengarahkan Noli ke tingkat 19 Bukit Aman. Noli pun terpaksa tinggalkan handphone dalam locker dan naik ke tingkat 19. Masa di depan locker Noli ternampak seorang polis menegur seorang wanita yang memakai skirt pendek. Fuhh nasib baik aku lepas walau bersleeveless kata Noli dalam hati. Sampai tingkat 19 Noli tengok ramai yang beratur minta diskaun saman. Seorang ASP menemui Noli dan bertanyakan masalah. Noli pun terangkan. Noli mengadu saman itu cuma tulis nombor kereta dan tidak terangkan warna dan jenis. Gambar pun tak ada. Rupanya saman salah parking menang tak ada gambar. Cuma saman memandu laju dan langgar trafik light saja yang ada saman. ASP tu cakap tak apa dia akan teliti kes ini dan hubungi Noli. Turun dari Bukit Aman Noli terus hubungi crime chief. Crime chief beritau Noli pada firasat beliau saman yang dihantar pada Noli tidak sah. Selepas 2 minggu Noli terima surat mengatakan saman itu batal. Terima kasih kepada cawangan trafik pdrm di atas urusan yang mesra pengguna dan pantas. Juga kepada crime chief.