Pada masa ini seluruh negara sedang menunggu keputusan ujian DNA William Yau. Semalam polis menjumpai mayat seorang kanak di sebatang sungai di Klang dan ibu bapa William Yau dipanggil untuk pengecaman dan ujian DNA.

Hati Noli cuma terdetik mungkinkah William jatuh longkang dan hanyut hingga ke sungai? Apa  pun kita tunggu keputusan ujian DNA dan yang mampu kita buat ialah doakan yang terbaik untuk William dan ibu bapanya….