Ketika temubual berkenaan Tun Dr M turut ditanyakan mengenai desakan golongan tertentu untuk menukar kerajaan.

Jawapan Tun M, Barisan Nasional sudah ada enam Perdana Menteri dan setiap Perdana Menteri mempunyai cara tersendiri dan banyak perkara yang sudah ditukar.

“Setiap pemimpin kerajaan BN tidak sama. BN sudah tukar Perdana Menteri sebanyak enam kali. Tetapi pembangkang Lim Kit Siang sudah berapa lama. Nik Aziz pun berapa lama.

“Jadi siapa yang perlu tukar sebenarnya BN atau pembangkang,” soal Dr M.