Noli menerima sms mengenai kematian sahabat baik Noli ini ketika dalam bas dari Singapura ke KL kerana tugas.

Memang sukar dipercaya. Perasaan bercampur-campur. Noli mula berdoa itu mungkin bukan Claude – panggilan Noli untuknya sejak kami kenal pada 1997.

Mungkin Claude dirompak passportnya dan perompak yang dibunuh bukan Claude.

Tetapi selepas panggilan telefon dari beberapa rakan lain dan melihat beberapa post di akaun facebook teman-teman ternyata berita ini benar.

Sampai di KL kereta yang Noli tinggalkan beberapa hari buat hal. Bateri kong. Terpaksa minta tolong orang jump start.

Bila kereta sudah ok Noli ke rumah seorang saudara untuk tumpang caj bateri handphone kerana terlalu banyak digunakan di atas bas dalam perjalanan dari Singapura ke KL.

Noli telefon rumah ibu Claude di Seremban. Mereka sedang adakan upacara bersembahyang. Maknanya betul Claudia sudah tidak ada lagi.

Noli bergerak dari Hulu Klang untuk mengambil seorang rakan di PJ yang ingin tumpang melawat keluarga Claude.

Noli sampai rumah keluarga Claude pada hampir jam 11 malam. Noli menangis peluk ibunya apabila ibunya bertanya kenapa dia perlu ke Lebanon….

Claude…kau kawan paling best aku pernah kenal. Aku rindu cakap2 merapu kita sambil belasah makanan. Kali terakhir kita buat macam tu akhir November di Restoran Siang Malam Seremban.

Kita makan satay, ikan bakar dan kerang…

Claude….sahabat seperti kau memang sukar dicari ganti.