Sudah lama tak menulis hari ini Noli ingin bercakap mengenai wanita hebat.
Hari ini Noli berpeluang mendengar syarahan umum Ketua Pengarah Unesco Irina Bokova. Noli kagum dengan dia seorang wanita yang berjaya menerajui sebuah badan dunia.
Tidak semua komuniti mengiktiraf kehebatan wanita. Noli pernah bertugas di satu unit dan dilarang ke luar negara walau duta negara berkenaan menaja Noli untuk tulis mengenai warga Jepun yang diculik Korea. Tapi rakan setugas yang pengalaman lebih singkat dari Noli dapat ke luar negara setiap 4 bulan atau 3 kali setahun – ke Manila, Bandung dan London.
Kerana frust Noli berhenti dari situ dan kini di tempat lain dan berpeluang berjumpa dengan Bokova untuk menjadikan beliau inspirasi….