Tahun ini Noli memasuki 4 dekad. Umur yang penuh dengan pengalaman. Usia yang mengukuhkan status Noli sebagai andartu mungkin.
Ramai sering tanyakan umur Noli. Sekali waktu Noli melawat sepupu jiran sebelah rumahnya bertanyakan umur Noli.
Kemudian waktu tugasan ke Singapura ada junior tanyakan umur Noli.
Sewaktu menunggu keputusan pilihan raya ada yang tanyakan umur Noli.
Sewaktu Noli mencuba baju di butik pun pekerja butik tanyakan umur Noli..
Tahun ini saja dah berapa kali umur Noli ditanya.
Kenapa mereka bertanya hanya mereka yang tahu.
Noli tak mahu tahu…