Noli berpeluang ikuti konsert Jamal di Istana Budaya. Konsertnya memang menghiburkan. Suara emas Jamal sungguh power. Stamina pun boleh tahan.

Noli suka tengok Jamal menari macam segan-segan. Lagu-lagu dalam konsert itu yang Noli suka ialah Hanya Dikau dan Istana Cinta.

Noli suka Jamal berduet dengan Azlina Aziz lagu Saat Yang Bahagia. Azlina tetap maintain dan tidak dimamah usia. Masih boleh pakai baju ala Saloma lagi.

Jamal siap bawa anak2 yatim lagi masa nyanyi lagu Tolong Kami Bantu Kami Anak2 Yatim Piatu. Noli pun yatim piatu kenapa Jamal tak ajak Noli join sekali nyanyi lagu tu? Next time ok abang Jamal….

  Noli pergi bersama teman. Kami kagum dengan penonton yang ramai walau usia Jamal dah separuh abad. Memandangkan Jamal dah lebih 50 tahun peminat perempuan Jamal yang datang pun dekat-dekat usia menopause lah  ….Eh termasuk Noli ke….?