Ranadan datang lagi. Segala kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi bertemu bulan yang mulia ini.
Ramadan menang banyak kisah suka dan duka dalam hidup Noli.
Ramadan 2001 ibu Noli menemui penciptanya. Noli hilang tempat bergantung, bermanja dan menumpang kasih sehingga hari ini.
Ayah Noli meninggal sudah lama. Dan pada usia 40 Noli masih bujang kini.
Ramadan tahun lalu Noli menganggur kerana sebab2 tertentu. Noli sibuk pergi temuduga sana dan sini. Menangis dan termenung dan hampir bunuh diri kerana kesal dengan nasib diri. Sepanjang Ramadan Noli cuma pergi temuduga, termenung dan pergi bazar Ramadan.
Ramadan 2013 Noli seorang pegawai kerajaan. Sibuk berkursus dan pelbagai aktiviti. Noli sudah dua kali ke luar negara untuk mesyuarat Asean. Berjumpa ramai kawan baru dalam sektor awam. Sejauh mana perkenalan dengan kawan2 baru Allah yang maha mengetahui.
Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur…..