Sudah lama Noli tidak berkongsi rasa di sini kerana agak sibuk. Ramadan tahun ini Noli agak sibuk kerana bertugas dua minggu di bangunan Parlimen, pulang ke kampung pada bulan puasa kerana akan bekerja pada hari raya dan membaca kerana bakal menduduki peperiksaan pada penghujung Oktober.

Ya banyak perkara perlu diselesaikan.
Noli terkenang ramadan tahun lalu. Noli tidak mempunyai pekerjaan kerana wrong timing.

Ramadan tahun lalu Noli hanya tidur di rumah saja. Maklumlah orang menganggur.Masa itu jiwa benar-benar kacau. Ada ketika hampir membunuh diri menyesali  takdir ketika itu.

Pada Ramadan tahun lalu Noli hadiri 3 temuduga. Satu dengan portal Malaysiakini, satu lagi sebagai penganalisis politik dengan sebuah kedutaan asing di Kuala Lumpur dan satu lagi dengan agensi berita. Noli kini berkhidmat di salah satu daripada tiga tempat ini.

Pada tahun lalu Noli sambut Ramadan dengan penuh hiba. Ramadan tahun ini Noli tidak sangka seindah ini.

Ya Allah Noli bersyukur dengan rahmat Mu…