Bila hari raya, jumpa banyak orang banyak cerita yang didengar. Tidak kurang juga banyak cerita yang cuba dikorek oleh orang tentang kita. Raya kali ini Noli berkumpul dengan ramai saudagar gosip yang menghidangkan Noli dengan pelbagai gosip selain lemang, rendang dan ketupat. Noli dengar saja gosip2 itu untuk simpanan sendiri dan sedaya-upaya tidak mahu sebarkan. Kalau bercerita pun cuma 20 per cent saja. Bukan apa Noli tidak suka kalau nanti bercerita pada si A esoknya si B pulak datang tanya betulke aku dengar si A cakap kau bagitau dia bla bla bla. Dan lusa si C pula. Adoi. Penat buat siaran ulangan aku.
So the best thing is jangan bawa mulut.