Lama tak menulis di sini. Bulan Oktober bulan yang sibuk. Sekarang baru kembali ok.

Hari ini hari ahad yang bahagia. Bangun pagi gembira baca berita Freddie Joseph sudah kembali ke pangkuan ibu. Syabas Datuk Zek yang sentiasa cool.

Baca media sosial pula ada berita pembunuh arwah Norazita berjaya ditangkap. Syabas PDRM.

Ada lagi satu berita lagi buat Noli and gang gelak. Berita pasal KTCC. Apa KTCC tu? Kuala Terengganu City Centre katanya.

Dua tahun lalu buat pecah tanah projek KTCC. Bukan main gah bunyinya.
Hari ini ada berita pasal KTCC lagi dalam akhbar. Yang menarik ialah KTCC masih di peringkat replika model lagi.

Aik…apa perkembangan kerja pecah tanah KTCC dua tahun dulu?
Dua tahun dulu tunjuk model sekarang masih tunjuk model lagi.
Kawan Noli cakap jangan2 laut yang ditambak untuk KTCC dua tahun dulu dah jadi laut balik. Silap2 dah jadi kawasan nelayan hari ini.

Ayo mana shopping mallnya? Mana kondominiumnya?
Iskandar bangunan tumbuh macam cendawan.

ECER dok main replika model tak sudah2. Kah kah kah. ECER oh ECER.