Noli ada seorang sahabat. Dia memang baik. Tapi dia sering juga buat Noli babysitter dan macai.
Kalau makan bersama dan ada benda yang tak suka pada pinggan dia, dia pass aje pinggan tu kat Noli.
And dia ask for a fresh serving.
Sebagai contoh bila makan cendol sama-sama kat Penang ada kacang merah mangkuk yang ada kacang merah dia pass kat Noli. Dia order yang baru cakap tak nak kacang.
Waktu bulan puasa Noli balik Penang dia nak ikut. Nak makan nasi kandar. Dia memang kanak-kanak Ribena yang sihat walafiat.
Waktu balik dari Penang ke KL belum lepas jambatan Pulau Pinang lagi dia dah tidur dan berdengkur bunyi macam ekzos lori. Bila Noli cakap sorang-sorang heavynye trafik dia boleh tanya apa ko cakap heavy2 ni. Ayo dia ingat aku supir dia ke. Noli pikir dalam hatile.
Dia punya berdengkur buat Noli stress memandu dalam keadaan sakit jiwa dan sangat merbahaya.

Noli dah fobia memandu dengan dia lagi.
Noli rajin exercise and dia kalau nak exercise mesti nak pergi dengan Noli. Ayo. Noli dah penat jadi babysitter dia. Noli harap dia dapat boyfriend atau kawan pompuan yang lesbian dan taste pompuan gemuk yang tak begitu indipendant. Opps jahatnye aku….