Tahun 2014 usia pun menginjak 41 dan masih andartu. Jika dalam lingkungan 30an Noli masih meninjau potensi untuk mencari teman hidup dan mencuba dan mengharap.
Namun bila usia memasuki 41 harapan itu lenyap. Ya Noli sudah mencuba sedaya-upaya mendapatkan jodoh mungkin takdir sebaliknya. Kini matlamat Noli ialah menikmati hidup bersendirian, jaga kesihatan, tingkatkan kerjaya dan elakkan dari banyak berhutang. Urusan jodoh serahkan saja pada Allah. Apa yang perlu ialah maintain vogue.