Mungkin kebanyakan orang menganggap main game tidak membawa apa-apa faedah. Namun ada sesuatu yang saya belajar dari candy crush. – Jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi. Perbaiki skill dari semasa ke semasa.
Sangkut sebulan di sesuatu level pun tidak mengapa. Keep on trying sampai lepas.
Apakah pendekatan ini boleh diaplikasi dalam hidup?
Mungkin juga.

Noli dulu kerja dengan syarikat senaraian awam yang tenat. Noli berhenti dan kerja dengan satu portal ala-ala.

Lepas gaduh dengan editor portal itu yang kuat minum todi Noli join  satu koridor ekonomi syok sendiri yang tak bawa masuk banyak pelaburan macam Iskandar. Koridor tu cuma ajar orang buat kek dan buat kelas tuisyen PMR dan UPSR saja.

Lepas itu Noli free lance lima bulan. Sebab frust dapat kerja yang menyakitkan jiwa saja.

Noli dapat projek bantu satu syarikat translate, edit dan proofread buku. Masa Noli free lance Noli sangka Noli punya masa depan sudah gelap dan pernah terlintas hendak bunuh diri kerana menyesal meletakkan diri dalam keadaan itu.
Namun Noli tetap cuba dengan sedaya upaya cari kerja lain.

Dengan izin Allah Noli dapat masuk sektor awam jawatan tetap dan berpencen. Dapat berkursus di Intan. Dapat hadiri mesyuarat Asean di luar negara. Noli rasa tenang dan rasa bahagia untuk berpencen dalam sektor awam. Noli bakal jadi pesara kerajaan.