Sudah lama Noli hendak melawat muzium diraja di Istana Negara lama. Dari tahun 2013 asyik terlupa dan postpone. Hari ini hari Sabtu yang sangat indah dan cerah…
Bangun pagi selepas berangan lebih kurang Noli pergi makan di kedai kerana memang malas dan tak pandai masak. Selepas makan Noli pergi ke Istana Negara lama.
Mula-mula Noli pergi ikut jalan Bellamy ikut ikan bakar tu rupanya tak boleh masuk ikut situ.
Jadi Noli pusing balik ikut pagar depan dan berjaya masuk ke Istana Negara lama. Happy tidak terhingga kerana berjaya menghabiskan hari dengan perkara berfaedah.
Macam-macam informasi Noli dapat dari lawatan itu.
Kebetulan ada pula pameran mohor besar raja-raja.
Selepas ini Noli merancang hendak melawat Muzium Negara pula dan cuba melawat pameran-pameran yang diadakan dari semasa ke semasa. Apakah ia akan jadi kenyataan? tunggu dan lihat.