Hidup sebagai andartu dan yatim piatu Noli sering mendapat soalan-soalan pelik dari saudara-mara.

Antara soalannya ialah hari tidak Kerja selalunya buat apa?

Selalunya Noli akan jawab kalau off day pergi exercise jalan kaki di FRIM, tengok wayang, kemas rumah, pergi spa berurut, salon rambut, salon waxing, tengok teater or konsert di Istana Budaya and the list goes on.

Satu lagi soalan yang ditanya ialah nanti kalau pencen nak balik tinggal di kampung ke. Noli cakap tidak tahu. Pencen lambat lagi. Bila sampai masanya baru fikir.

Ginilah hidup sebagai andartu. Dipandang sebagai pelik dan malang.

Namun bagi Noli selagi bujang Noli hendak nikmati hidup dan segala masa yang Noli miliki dengan cara terbaik. Noli tetap sibuk walau bujang.