Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai kangkung. Perihal kangkung ni sampai jadi perhatian BBC. Tapi Noli tak hairan le BBC kalau bab nak mengenakan kerajaan kita memang dia suka.
Ada macam satu perangai dalam kalangan masyarakat untuk merendah-rendahkan pemimpin dengan lawak-lawak yang over. Memang sengaja nawaitu hendak merendahkan dan menjadikan pemimpin itu tidak cerdik.
Kalau gelak sekali dua itu tak apa. Ini sampai berhari-hari. Semuanya hendak dikaitkan dengan kangkung. Sudah tidak ada modal lain nak gelak dan buat lawak ke?
Nanti pemimpin yang diketawakan itu ok aje orang lain yang buat lawak-lawak bodoh yang over pulak nampak macam pendek akal.
Semalam Noli berada dalam lawatan isteri seorang VVIP ke sekolah dalam hospital di Hospital Selayang.
Noli terdengar dialog seorang penjawat awam bertanyakan seorang pengawal keselamatan siapa yang hendak datang melawat.
Pengawal itu membalas, isteri. … Kata pegawai yang bertanya tadi, ohhhh saya fikirkan Menteri Kangkung.

Perlu ke cakap macam itu. Awak itu penjawat awam. Tidak perlu rendahkan minda dan tahap intelektual sampai macam itu.

Hari ini Noli bersms dengan seorang teman lama yang free lance atau kerja sendiri atau dalam bahasa kasar tidak ada kerja.

Sampai ke satu tahap Noli sms beritahunya aku kan kerja untuk gomen. Dia jawab gomen kangkung hahaha.

Noli jawab better dari jadi kucing kurap (mcam kau yang unemployed) kot….Nak gelakkan orang atau bodohkan orang berpada-pada sikit.