Hidup Noli sentiasa seorang. Yatim piatu dan single at 41. Namun ada kebahagiaannya berseorangan. Kita cuba sedaya upaya untuk menggembirakan diri sendiri dengan cara tersendiri dan dalam dunia kita sendiri.

Noli gemar tengok wayang sendirian, riadah ke hutan frim dan tasik putrajaya sendirian, tengok teater sendirian, ke spa, wax dan bershopping semuanya sorang-sorang.

Mencari makanan sendirian, mengemas rumah dan menyelesaikan masalah sendirian.

Noli sudah biasa sendirian. Bagi Noli tidak ada perkara yang tidak boleh dibuat sendirian. Buat anak saja tidak boleh buat sorang-sorang. Ahaks