Hidup sebatang kara tanpa ayah ibu dan pasangan hidup memang tidak boleh lari dari rasa sepi.
Namun sedaya upaya Noli cuba mengatasi kesepian itu dan cuba memberi fokus kepada sisi positif hidup bersendiri.
Moto Noli ialah do things that make you happy.
Sebagai contoh mencari makanan yang Noli gemari dan menikmati kebebasan seperti pulang pagi dan bangun lewat.
Noli tidak salahkan takdir namun Noli mohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang bermakna walau sebatang kara.