Baru-baru ini Noli jumpa kawan dari pejabat lama Noli. Banyakle cerita kawan-kawan lama yang Noli dengar.
Yang paling buatkan Noli tergelak ialah cerita seorang janda yang sangatlah kepoh hal orang.
Dulu masa Noli di pejabat lama hal Noli pun dia umpat juga. Sebab Noli selalu warnakan rambut, pakai skirt dan pernah letak gambar pakai bikini sebagai facebook profile.
Semuanya tak kena. Semuanya nak kata.
Tahun lalu cik kak ini kena cerai. Noli tak heran dengan berita itu sebab dia memang tak maintain diri pun kerana terlalu sibukkan hal orang sangat agaknya.
Kawan yang Noli jumpa semalam kenal baik dengan duda perempuan ini.
Bekas suami cik kak ini pun satu pejabat dengan Noli juga dulu.
Bekas suami minah kepoh ini sudah bongkar rahsia kenapa dia cerai minah ini. Antara sebabnya ialah malas mandi lepas pulang kerja terus tidur, seluar dalam pakai dari pagi tidak berganti dan bangun tidur lambat. Noli dengar gelak macam nak pecah perut. Sibuk sangat tengok dan jaja kekurangan orang sampai tak maintain diri untuk suami. Sekali jadi janda. Ambik kau!