Pada tarikh ini dalam bulan april 2012 Noli hilang kerja dan hilang segala-galanya. Noli diminta meninggalkan sebuah pejabat dengan serta-merta hanya kerana GM tidak berkenan dan masyarakat di pejabat itu tidak sebulu dengan Noli. GM berkenaan enggan sahkan Noli. Noli memang sedang mencari kerja lain ketika itu dan Noli minta tempoh dalam sebulan dua lagi. Tapi GM ketika itu memang tidak mahu melihat muka Noli lagi dan mahu Noli berambus serta-merta. Maka dalam sekelip mata Noli jadi penganggur.
Hari ini pada tarikh yang sama dalam tahun 2014 hanya ada satu ucapan Noli ingin ucapkan iaitu Alhamdulillah. Dan terima kasih di atas pengalaman.
Selepas berada di bawah dan jatuh tersungkur Noli tidak sangka mampu bangun dan berdiri semula dan sebahagia ini. Noli sangat bersyukur dengan keadaan sekarang.