Noli kini dalam proses pulih setelah jatuh tersungkur dan tersembam. Pada 2012 kerana tersalah percaturan Noli menganggur selama lima bulan.

Ditambah pula kereta rosak ketika itu dan terpaksa diganti dengan yang baru. Kerana tidak bekerja selama lima bulan kad kredit Noli diblok sehingga hari ini.

Sebelum ini hidup Noli begitu indah dan bebas bershopping dan bergaya setiap bulan namun sekarang tidak lagi. Bercuti pula sudah hampir tiga tahun Noli tidak bercuti ke mana-mana walau ke destinasi dalam negara mahupun ke negara jiran terdekat seperti Singapura, Indonesia atau Thailand.

Namun alhamdulillah kini hidup bertambah baik walau kad kredit masih disekat hutang makin nenyusut.

Walau tidak mampu ke luar negara dengan wang sendiri Noli dihantar majikan ke  Singapura, Brunei dan Aceh kerana tugas. Kira melancung sambil bekerja jugalah.

Elaun ke luar negara  yang diterima dapat menampung kos-kos tertentu seperti membayar road tax dan insurans kereta, kos servis utama kereta dan menggantikan bateri kereta. Semua itu berlaku dalam bulan ini sahaja dan melibatkan kos lebih RM2k tau.

Noli sangat bersyukur kepada Allah. Tidak sabar untuk kembali ke gaya hidup lama bebas bershopping dan bergaya. Hidup ku kini kembali ceria.