Tahun ini Noli 41 tahun dan masih bujang. Dalam bahasa mudah sudah sah menjadi andartu. Namun Noli tetap bahagia.
Noli tidak perlu risau hari tua kerana Noli pegawai kerajaan berpencen. Jadi kalau sebatang kara sampai tua pun adalah pencen untuk isi perut sampai tutup mata.
Hari ini kerja sampai 12 tgh malam. Balik kerja perut berkeroncong. Singgah gerai nasi lemak panas kegemaran penuh pula. Singgah mamak Pelita pukul 1 pagi.  order roti telur dengan ikan bawal masak gulai. enaknya. Lepas makan lepak berinternet di tablet. Balik rumah jam 2 pagi. Esok off plan pagi nak breakfast sedap2 dan lepas tu pergi berurut 3 jam.
Nak kata Noli andartu tak ada market kenapa bila Noli kerja malam bos gelarkan Noli GRO. Bergetah lagi kot aku ni. Kalau tak tentu dia panggil mak cik