Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Seringkali apabila bercakap mengenai kejayaan negara ramai pemimpin negara sering mengucapkan wanita Malaysia setanding lelaki. Memang tidak dinafikan wanita Malaysia memang hebat. Gabenor bank negara, pengurus, CEO, juruterbang dan banyak lagi. Malah institusi pengajian tinggi juga dikuasai golongan wanita.

Namun perkembangan terkini agak merisaukan. Di kelantan seorang gadis berusia 15 tahun dirogol 15 lelaki. Sementara seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun  enam bulan di bunuh kejam di Kuala Lumpur. Kedua-dua kes ini sangat menyedihkan. Jika tidak dibendung lebih ramai wanita dan kanak-kanak perempuan akan menjadi mangsa jenayah.

Memang wanita Malaysia sudah ramai yang berjaya. Namun apakah segelintir lelaki Malaysia memandang tinggi kepada golongan wanita? Jika wanita dihormati dan dipandang sebagai insan yang perlu diberikan hak dan perlindungan yang sewajarnya kedua-dua kes jenayah di Kelantan dan Kuala Lumpur pasti dapat dielak.