Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi. Bila waktu kecil, kita teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana masa itu dapat baju baharu, duit raya, jalan-jalan dan makanan sedap.

Namun bila  memasuki usia arba’ah raka’atin (40-an)  kita lebih teruja menyambut puasa. Kerana apa? Kerana ia bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Pahala berganda. Bulan Ibadah.

40 tahun meniti hidup Noli pernah menghadapi pelbagai dugaan Ramadan. Ibu Noli arwah pada Ramadan 2001. Pada Ramadan 2012, Noli berpuasa dalam keadaan tidak mempunyai pekerjaan. Menganggur. Kerana sebab-sebab tertentu.

Namun 2014, Ramadan Noli sambut dengan ucapan Alhamdulillah. Ramadan Mubarak dan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Noli bahagia kini. Hidup semakin stabil. Noli sudah mampu bayar zakat pendapatan Ramadan ini.

Maka sambutlah Ramadan dengan penuh keinsafan, taqwa dan keikhlasan dalam beribadah. Insya allah ada rahmatnya nanti kepada kita semua.