Noli memang sekali sekala berkunjung ke spa terutama bila badan dah betul-betul lemau. Noli juga selalu lalu depan spa Thai Odyssey tapi tak berani nak masuk. Nampak macam mahal saja. Kata Noli di dalam hati tiap kali apabila lalu depan spa ini. Nak check harga pun tak berani..

Tapi semalam Noli off. Badan dah lemau kerana tukang urut tetap Noli sudah pulang ke Bogor untuk menyambut Ramadan dan Syawal. Tukang urut Noli ni hanya akan pulang seminggu selepas Syawal.

Takkan nak biarkan badan aku lemau tak berurut sampai lepas raya ni. Kronik ni. – Cakap Noli pada diri sendiri. Yelah nak cakap dengan siapa lagi hidup pun bujang kan.

Entah macam mana Noli terfikir dalam hati. Tibai ajele Thai Odyssey. Mana lagi nak pergi. Baru gaji lagi ni mampule aku nak bayar bil. Maka Noli pun google manale Thai Odyssey yang terdekat. Kebetulan pula Noli nak ke spa waxing di Bangsar maka Noli pun carile Thai Odyssey yang dekat-dekat area Bangsar.

Ada satu dekat Bangsar Village. Noli pun masuk dan cakaple nak buat reflexology sejam. Staf spa tanya nak buat body setengah jam dan kaki setengah jam tak. Noli kata no, foot reflexology one hour.

Noli kena buat bayaran dulu sebelum rawatan dijalankan. Untuk sejam urut kaki Noli kena bayar RM72. Hmm not bad. Tak adale mahal sangat. Sebab tempat reflexology bodoh kat area subang jaya pun charge sejam RM60. Inikan pula yang berprestij macam Thai Odyssey.

Lepas tu datangle orang yang ditugaskan untuk urut Noli. Mula2 dia cuci kaki Noli dulu. Masa cuci kaki tu dah rasa best…hmmmm menarik juga.

Dia pun bawale Noli masuk ke bilik mengurut. Hmm menarik biliknya tempat duduk pelanggannya pun sedap. Urutan kaki yang dilakukannya pun best. Dia urut kaki 45 minit saja. Lagi 15 minist dia urut tangan, 10 jari tangan, belakang, tengkuk dan leher.

Ok apa. Pengalaman indah di Spa Thai Odyssey. Tak menyesal cuba. Lain kali pasti ku datang lagi…..

Kalau sesiapa nak check Thai Odyssey layarilah…

http://thaiodyssey.com