Dulu Noli pernah mengamalkan makanan tambahan Evening Primrose Oil selama beberapa tahun. Ditambah dengan rajin bersenam terutamanya berjalan kaki setiap pagi ramai yang memberikan komen Noli nampak ceria dan jelita ketika itu. Waktu itu Noli bertugas di sebuah negeri yang jauh dari Kuala Lumpur.

Dipindahkan semula ke Kuala Lumpur, Noli masih terus makan Evening Primrose Oil. Namun bersenam makin kurang. Stress makin bertambak kerana trafik di KL ada kalanya benar-benar menguji kesabaran.

Tahun 2012 Noli menghadapi masalah sedikit. Tergantung tanpa pekerjaan selama 4 bulan. Hidup dengan wang simpanan sementara menunggu pekerjaan baharu. Sejak itu rutin penjagaan diri kurang satu demi satu. Tiada lagi Evening Primrose Oil. Tiada lagi gold facial. Tiada lagi Brands Prune Essence.

Jun 2014, hidup semakin stabil, gembira dan ceria. Setelah hampir dua tahun terhenti dari mengambil Evening Primrose Oil kerana tidak mampu, Noli berjaya membeli stok untuk tiga bulan semalam. Harap pengambilan semula Evening Primrose Oil akan memberi banyak kesan positif kepada kesihatan Noli. insya allah