bolehkah Noli lakukannya? Noli ingin cuba kerana Noli akan memandu pulang ke kampung untuk Hari Raya Aidil Fitri dan mengharungi kesesakan jalan raya yang teruk waktu itu. Jadi Noli perlukan stamina untuk bersedia menghadapi stress yang bakal dihadapi, untuk memastikan Noli kekal fokus dalam pemanduan, supaya kekal bertenaga dan kelihatan vogue di Hari Raya hahaha.

Noli akan cuba bersenam pada hari Jumaat ini. Kita tunggu dan lihat saja…..

Satu lagi baby besar yang Noli selalu baby sit menyuarakan minat untuk menjadi penumpang Noli ketika pulang beraya nanti. Sebenarnya Noli tidak ada masalah untuk memandu berseorangan tapi…sukar juga mengatakan tidak kerana kita tidak tahu entah-entah satu hari nanti kita pula berada pada kedudukannya – tidak fit untuk memandu jarak jauh, tidak indipendent dan brutal seperti Noli.