Masih dalam bulan Syawal jadi tidak terlambat untuk buat posting mengenai balik raya. Trip Noli balik raya tahun ini baik, alhamdulillah. Noli balik beberapa hari sebelum raya. Balik awal. Yang tak berapa menarik ialah orang yang tumpang dok tanya pukul berapa nak datang jemput dia.
Sedangkan Noli dah cakap kalau sempat gerak before buka puasa kita gerak before buka puasa kalau tidak kita gerak lepas buka puasa.
Noli sebelum drive jauh-jauh kena pastikan rehat cukup, tidur cukup dan ada ‘mood’ untuk memandu jauh.
Selagi Noli rasa tidur belum cukup Noli tidak akan bangun dari tempat tidur. Lagi satu Noli ada banyak barang nak bawa balik rumah. Stay pula dekat apartment so berapa kali nak kena berulang naik turun lif isi barang dalam kereta.
Kereta pula kotor hendak dibasuh mencari car wash sebelum balik kampung satu hal juga, semuanya penuh.
Membeli makanan buka puasa ketika di hujung-hujung ramadan juga mencabar, banyak kedai dah tutup atau makanan cepat habis kerana banyak keluarga mengambil keputusan untuk berbuka puasa beramai-ramai di luar memandangkan anggota keluarga baru tiba dari jauh.
Satu lagi perkara penting kena buat sebelum memulakan perjalanan ialah keluarkan duit ke bank. Cash kena ada secukupnya sampai bank mula beroperasi pada hari raya ketiga.
Isi minyak kereta sampai penuh kalau sempat.
Yes satu perkara yang menyakitkan jiwa Noli nak balik beraya ialah kena gosok baju yang hendak dibawa balik kampung. Ini kerana iron di rumah pusaka dah dibawa oleh anak sedara waktu nak masuk politeknik. Boleh? Sengkek sangatke nak beli iron sendiri.
Memanglah rumah pusaka tu kosong tapi sekali-sekala ada orang datang tinggal mcm hotel. Ini iron dibawa lari pula. Tidak ke leceh jadinya. Noli mampu beli iron baru untuk letak dekat rumah pusaka itu tapi apa jaminan barangan itu semua akan kekal di situ. Rumah pusaka itu people come and go. And tidak ada kesedaran to make sure it is clean and well kept before they go for the comfort of the next visitor.
Menghabiskan all the to do list last sekali plan nak bertolak at 6pm jadi bertolak at 11 pm. haha. Tapi Noli berjaya kerjakan sembahyang terawih lagi before the journey. Oklah.
Perjalanan smooth. Noli bersyukur kepada Allah kerana memberikan Noli stamina untuk memandu jauh di tengah malam.