Semalam post mengenai balik raya. Hari ini posting mengenai Hari Raya pula. Hari Raya tahun ini serba sederhana. Lagipun Noli sudah jadi anak yatim piatu. Beraya bersama abang-abang dan ipar sahaja.
Hari Raya Noli mesti menziarahi kubur ibu dan ayah. Selepas itu Noli biasanya akan bawa abang berjalan mengunjungi sanak-saudara dan kawan-kawannya. Abang Noli warga kurang upaya.
Abang Noli bekerja di restoran sahaja. Cuma naik basikal. Dunianya cuma restoran dan balik ke rumah tidur.
Bila Hari Raya dapatlah dia jalan-jalan jumpa saudara mara, bila Noli bawa. Kalau tidak ada yang bawa dia tidak akan pergi.
Tapi tengah syok-syok beraya di flat tsunami di Tanjung Bungah rumah kawan-kawan sekerja abang, ada saudara dari KL yang pulang ke Penang memandu mercedez telefon. Minta Noli datang ke hotel penginapannya di Vistana, Jalan Bukit Gambir dekat dengan Kompleks Bukit Jambul. Datang segera. Urgent. Hai…raya-raya pun ada isu urgent ke?

Ingatkan apa hal. Rupanya hendak beraya menggunakan kereta Noli. Mercedez dia tak boleh masuk kawasan rumah murah yang sempit dan sesak. Nanti calar. Boleh macam tu? Potong stim orang di Hari Raya aje. Puiiii….