Selepas raya, prestasi kewangan yang terhad adalah perkara biasa. Bagi Noli pulang ke Kuala Lumpur, perlu servis kereta. Kerana sudah sampai masanya. Nak servis kereta kena ada cukup duit beb….
Badan yang lemau kerana tidak berurut di spa sejak dua minggu sebelum ramadan kerana tukang urut pulang ke Bogor, perlu diurut bagi mengembalikan kesegaran dan stamina. Duit lagi.
Selain itu Noli perlu berkunjung ke salon untuk rawatan wax rutin. Duit lagi. Banyak juga belanja selepas raya ye. Namun syukur alhamdulillah post raya tahun ini kewangan Noli agak terkawal. Biar pun banyak urusan yang melibatkan banyak RM selepas raya semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Noli kira ini mungkin kerana berkat Noli menjelaskan zakat pendapatan pada bulan Ramadan. Hampir 15 tahun bekerja Noli pernah membayar zakat pendapatan hanya sekali sahaja. Teruk betuk Noli ni….
Dua tahun lalu Noli berhari raya dalam keadaan menganggur kerana bertukar kerjaya. Tidak mampu membayar zakat pendapatan pada waktu itu..Sedih sangat.
Namun tahun 2014 alhamdulillah hidup semakin baik. Sebagai rasa syukur kepada rezeki yang diberikan Allah Noli jelaskan zakat pendapatan.
Dan alhamdulillah terasa kesan positifnya…
Insya allah Noli akan qada zakat pendapatan yang Noli tidak jelaskan sebelum ini kerana jahil dan kesedaran yang rendah…