Semalam off Noli ke salon untuk buat waxing.Bila kaki sudah licin senangle hendak pakai skirt dan baju kurung moden yang berbelah ke pejabat. Diri rasa lebih selesa bila kulit dah licin….rasa lebih kulit lebih seksi mungkin. Baru le bersemangat sikit hendak sapu lotion. He he.
Yang Noli nampak sekarang rawatan waxing semakin popular di Malaysia sebagai cara untuk membuang bulu-bulu yang tidak dikehendaki.
Kini bukan sahaja wanita yang membuang bulu malahan lelaki pun buang bulu juga. Rawatan untuk golongan lelaki dipanggil Boyzilian since the treatment for ladies dipanggil Brazilian wax.
Bukan sahaja wanita yang inginkan kulit licin tanpa bulu yang tidak dikehendaki. Lelaki pun sama.
Setakat ini Noli lakukan waxing di salon First Impression di Bangsar. Ia salon yang Noli mampu setakat ini. Bajet dalam RM100 sudah cukup untuk licinkan kaki, ketiak dan ……
Kalau check di Internet banyak juga salon-salon yang vogue dalam memberikan khidmat waxing. Salah satu yang menarik perhatian Noli ialah bubble gum wax.
Mungkin selepas ini Noli akan mencuba khidmat di salon lain pula. Yang bajetnya lebih tinggi.
Namun setakat ini sudah lebih setahun Noli lakukan waxing di Bangsar.
Berbanding bercukur, waxing membuatkan Noli rasa lebih feminin. Dan paling best bulu baharu yang tumbuh lebih halus dan lebih slow pertumbuhannya.
Bagi Noli sebagai wanita membuang bulu-bulu yang tidak dikehendaki di badan adalah penting kerana di pejabatnya ada yang jadi janda atas alasan dia busuk dan berbulu ketiak panjang. Aduh….