Noli bercerita pada jiran lelaki Noli di pejabat mengenai kini lelaki juga mendapatkan rawatan di salon waxing.
Lalu kawan sepejabat Noli bertanyakan sama ada Noli buat rawatan waxing dan membuang bulu di badan. Noli cakap ya.
Dia tanya sakit tak? Noli jawab kalau sudah biasa tidak rasa sangat. Lagipun demi mendapatkan kulit yang licin terpaksalah tahan sakitnya.
Teman Noli seorang suami empat anak berkata, orang perempuan memang kenalah buang bulu-bulu yang tidak dikehendaki.