Musim haji tiba lagi. Semoga para tetamu Allah mendapat haji yang mabrur. Bila musim haji Noli suka baca cerita dan kisah-kisah yang memberikan inspirasi. Seperti seorang penoreh getah yang menabung RM10 sebulan untuk ke tanah suci dan sebagainya. Sudah ramai yang berjaya ke tanah suci dengan menabung sedikit demi sedikit tanpa jemu dan putus asa.
Kisah sebegini memberikan inspirasi bahawa dengan semangat kental dan tekad tidak ada yang mustahil. Asalkan niat yang baik dan mulia, insya allah apa yang dicita-citakan bakal menjadi kenyataan. Yang penting terus berusaha dan berdoa….Semoga satu hari nanti Noli pun dapat ke tanah suci insya allah….