Noli sudah melalui banyak pengalaman hidup. Kena retrench, berhenti kerja dengan sendiri, diberhentikan kerja sehingga berada di kedudukan sekarang.
Baru-baru ini bos Noli ada panggil Noli dan memaklumkan sesuatu. Maka akan bermulalah episod baru dalam hidup Noli selepas ini – mulai pertengahan September.
Noli harap episod baru berkenaan akan membawa banyak perkara positif dalam hidup ini. Insya allah.
Pada September 2012, Noli seorang penganggur, menanggung banyak hutang dan rasa hampir hendak membunuh diri kerana rasa begitu bodoh dan tidak berguna.
September 2014, Noli tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur kepada Allah.