Pada 2011 Noli mengambil keputusan yang semua orang sifatkan bodoh. Noli merupakan penulis kanan di sebuah akhbar arus perdana dan mempunyai kolum sendiri. Namun kerana ikut kata hati dan jiwa yang tidak bahagia Noli berhenti kerja. Noli sertai sebuah  portal yang pada awal bunyinya macam hendak menggemparkan negara.

Ketika itu semua orang ketawakan Noli kerana mengambil tindakan yang kurang bijak. Ada yang kata apa lah bodoh sangat perempuan ni berhenti dari akhbar arus perdana ke portal bodoh sahaja. Beberapa bulan bekerja di portal itu, masalah pun timbul. Kerana ikut kata hati  dan kebutralan Noli berhenti dari portal itu tanpa surat dan sepatah kata kepada bosnya yang kuat minum todi.

Menganggur sebulan dua, Noli sertai pula sebuah koridor ekonomi yang tidak ada projek kecuali mengajar orang buat kek, lukis inai di tangan dan sebagainya. Orang di koridor ekonomi ini semuanya berlagak belaka dan mereka sangat pandang rendah pada Noli. Mereka sentiasa cari kesalahan supaya Noli tidak diconfirm dan senanglah hendak nyahkan Noli dari pejabat itu.

Bila tidak diconfirm Noli pun mulalah mencari pekerjaan lain. Kerana ingin kembali ke dunia penulisan dari dunia korporat Noli pun pohon semula jawatan di akhbar arus perdana tempat Noli kerja sebelum ini sambil mengakui cakap-cakap orang di situ mungkin aku bodoh kerana berhenti kerja dulu.

Tapi permohonan Noli tidak diterima. Maka menganggurlah Noli hampir lima bulan. Macam-macam perasaan. Rasa hendak bunuh diri pun ada. Namun Allah maha kaya. Noli berjaya memasuki sebuah badan berkanun.

Dan minggu depan Noli akan berhijrah ke Putrajaya. Alhamdulillah. Dulu ramai orang kata Noli bodoh berhenti dari media arus perdana itu hari ini mereka berpangkat JUSA pun ucap tahniah pada Noli. Harap hijrah ke Putrajaya membawa banyak gelombang positif dalam hidup ini. Insya Allah