Hari ini 15 Sept 2014 hari pertama Noli di tempat baharu. Noli bukan berhenti kerja. Noli cuma ditukarkan ke pejabat cawangan lain. Biro kata orang. Seronok juga hari pertama di tempat baharu. Orang di sini nampaknya seperti lepak-lepak belaka.

Panorama kawasan baru juga bagus. Ada tasik, ada taman tempat berjogging ada mall yang ada panggung wayang. Pendek kata segala keperluan Noli ada di sini.

Malangnya di hari pertama Noli terlupa nak bawa kasut dan baju untuk berjogging. Tapi ini baru hari pertama. Harap-harap di tempat baharu ini rajin berjogging semoga bertambah fit dan bijak. Insya allah…

Hari pertama Noli cool dan relaks. Setakat waktu lunch lah.