Menjadi wanita berstatus bujang di usia 40-an memang banyak soalan. Antara yang paling popular ialah ‘hari tidak bekerja selalunya buat apa?’ dan kalau dah bersara nanti hendak pulang ke kampung atau terus tinggal di Kuala Lumpur.

Noli sudah penat menjawab soalan ini. Noli pelik kenapa perlu bertanya hari tidak bekerja selalu buat apa. Kerana kadang Noli tidak sempat habiskan ‘my to do list’ ketika hari off.

Hujung minggu baru-baru ini Noli sibuk. Jumaat malam Noli melawat anak sahabat baik di Sime Darby Medical Centre kerana denggi. Sabtu pagi kena pergi cari bateri jam tangan yang kong lepas tu terlanjur ke mall shopping sekali. Selepas itu ke FRIM berjalan untuk beberapa kilometer. Ini diikuti dengan sesi makan-makan di Kuala Selangor. Kemudian Noli bersama teman jalan-jalan ke Putrajaya meninjau panorama malam. Malam minggu Noli pulang jam 2 pagi.

Cadangnya hari Ahad hendak malaskan diri bangun lambat, have a good lunch and lepak membaca akhbar sambil dengar radio. Tapi Ahad pagi seawal 10 pagi dapat panggilan dari seorang sahabat baik yang rajin dan baik hati. Dia masak lunch dan jemput Noli menjamu selera bersamanya…selepas lunch balik rumah kena kemas rumah, gosok baju dan bersedia untuk minggu baharu.

Noli sentiasa sibuk walau sebatang kara tanpa suami dan anak. Jadi tak fahamle kenapa orang perlu tanya kalau tidak bekerja selalu buat apa…