Ahad 14 Sept 2014 hari Ahad Noli rasa nak malaskan diri dengan tidur dan membaca sahaja. Lagipun malam sebelumnya Noli pulang rumah jam 2 pagi. Tapi jam 10 pagi kawan call, aku masak lunch. Datanglah, katanya.

Kawan yang call ni kawan lama dan kawan baik. Lagipun kami lama tak jumpa. Jadi Noli putuskan untuk lunch di rumah dia tapi kena balik awal kerana esoknya September 15 2014 hari Isnin yang penting buat Noli.

Noli segan nak p makan lunch free aje di rumah dia. Nasib baikle Noli bila travel suka beli fridge magnet berlebihan. Jadi memandangkan Noli nak lunch di rumah dia Noli beri aje dia satu frdge magnet lebih. Ala-ala buah tanganle kononnya.

Sampai rumah dia, dia masak kari ikan pari dengan pucuk paku masak pedas. Sementara dia sibuk di dapur Noli menonton TV. Tiba-tiba handphone kawan Noli bunyi. Rupanya ada seorang lagi tetamu yang dijemput selain Noli. Namanya E. Noli sangkakan lelaki Cina. Jadi Noli tak cakap apa-apa pun.

Bila sorang lagi tetamu pun tiba Noli cakap dalam hati wah handsomenya member kawan aku ni. Bila dia borak baru perasan yang kawan dia Melayu. Lepas tu bila sampai dia kata dia dah lunch. Dah lunch buat apa datang, kata Noli dalam hati.

Lepas Noli lunch kami menonton TV dalam suasana santai kerana rumah kawan Noli tidak ada sofa cuma ada bean bag. Lepas tu kawan Noli cakap nak mandi juga. Alamak saja aje nak tinggal aku dengan mamat ni.

Noli malas nak lepak depan tv tepi mamat yang baru kenal lepas tu Noli masuk bilik. Lepak lepak dan lepak lama-lama ngantuk. Takut pulak terlena Noli terus minta diri nak balik. Tinggallah kawan Noli bersama kawan lelakinya itu.

Esoknya kawan Noli whatsapp Noli tanya kenapa balik awal segan dekat kawan dia ke. Noli gelak. Dia ada promosi sikit kawan dia tu kata kawannya baik tau..

Hari Malaysia 16 Sept 2014 Noli dapat off. Noli wish kawan Noli yang jemput lunch tu Selamat Hari Malaysia. Entah mcm mana tercakap mengenai kawan yang hari tu.

Dia cakap kalau Noli minat kawan tu dia boleh ‘kasi jadi’. Noli cakap no, not now. Sebab Noli dah tua for perkara-perkara mcm ni introducekan potensi jodoh, Noli takut tak dapat beri komitmen yang baik untuk boifren dan satu lagi Noli dalam fasa transformasi dalam kerjaya.

Jadi biarlah Noli concentrate hal-hal berkaitan kerja terlebih dulu. Lepas-lepas ni we shall wait and see…..