Sibuk itu dan ini tau-tau Jumaat penghulu segala hari datang lagi. Bagaimana minggu anda? Minggu ini menarik buat Noli kerana Noli lapor diri di tempat baru yang panoramanya cukup  indah. Noli rasa sangat syukur dan bertuah bekerja di sini. Kalau pencen di sini pun tak apa. Tapi bos bagi ke…..errrrrrrk

Isnin, lepas lapor diri sebelah petangnya Noli sibuk. Kerja kat sini mesti cargas banyak berjalan dan mesti pantas. Nasib baikle hari Selasa Noli dapat off sempena hari Malaysia. Tergolek di rumah sampai tidak sempat nak pergi kenduri doa selamat kawan masuk rumah baharu.

. Rabu pun sibuk lagi. Untuk kerja banyak jalan kaki dan panjat tangga. Tapi jangan haraple boleh kurus kerana lepas kerja selalunya sakan Noli menjamu selera.

Khamis kerja dari 8.30 pagi sampai 12 malam. agghhh. Jumaat hari ini sangat cool and relax. Kalau tidak ada halangan petang selepas kerja bolehlah berjogging dekat kawasan ofis.

Yang pasti minggu ini sangat indah buat Noli. Dan Noli doakan  hujung minggu Noli juga indah.