Noli yatim piatu yang masih bujang di usia 41. Jadi bila ada masa lapang Noli luangkan diri bersama saudara-mara. Namun kebelakangan ini timbul persoalan sama ada berbaloikah masa yang diluangkan? Noli mementingkan masa yang berkualiti.

Sebagai contoh malam minggu baru-baru ini Noli bertanyakan khabar beberapa sepupu. Sepupu Noli di Seremban sakit buah pinggang. Noli sudah pun melawat dia bulan lalu. Seorang lagi sepupu di Kuala Lumpur, Noli hubungi dia untuk bertanyakan dia akan pulang ke kampung sempena Raya Haji ini atau tidak. Dalam perbualan kami sepupu Noli mempelawa Noli ke rumahnya untuk catch up. Noli setuju tapi Noli cuma boleh ke rumahnya selepas magrib.

Ini kerana rutin hujung minggu Noli biasalah panjat bukit Frim. Walau pun tak kurus-kurus aktiviti itu memberikan sedikit tenaga atau stamina kepada Noli. I manage stress better when I exercise.

Ok berbalik kepada sepupu Noli. Malam selepas magrib Noli meredah hujan  ke rumah sepupu Noli itu. Mencari lokasi rumah baru yang dibelinya di Taman Melawati  dan terpaksa meletak kereta di simpang jalan kerana sukar mencari parkir di kawasan perumahan tersebut. Satu lagi Noli tidak mahu halang laluan ke rumah orang.

Sampai di rumah biasalah, mereka mengorek perkembangan terbaharu mengenai diri Noli. Noli tidak pasti sama ada mereka ikhlas, kepoh atau dengki.

Namun Noli rasa serabut duduk dalam rumah mereka. Mungkin kerana terlalu ramai orang. Lagi satu sepupu Noli lebih banyak beri perhatian dan tumpuan kepada  cucunya yang baby dan berusia enam dan lima tahun. Hendak berborak pun susah.Bila kita bercakap belum tentu orang concentrate.

Tidak cukup dengan itu suami sepupu Noli pesara Petronas yang agak meroyan. Antara statement dia ialah: Petronas yang bayar duit pada kerajaan untuk bayar gaji penjawat awam.bla bla bla. Pesara Petronas hebat sudah pencen pun masih bermain golf lagi. Pendek kata dia sentiasa hebat dan perfect.

Noli rasa masa yang diluangkan tidak berbaloi. Noli menyesal pergi ke rumahnya. Memanglah arwah emak pesan suruh jaga silaturrahim dengan mereka but I just cant stand them during the visit.