Harga minyak diumumkan naik sebanyak 20 sen semalam. Ramai yang menyuarakan tidak puas hati, rasa bengang itu dan ini di media sosial. Tapi apa kita dapat dengan menunjukkan kemahiran mulut laser dan maki hamun pemerintah. Mungkin dapat banyak like dan share sahaja.

Siapa tidak tertekan dengan harga minyak naik. Noli pun tertekan. Tapi tak perlulah nak over dalam tunjuk rasa tidak puas hati rasanya. Apa kata tunggu sahaja Bajet 2015. Manalah tau ada penyejuk hati di situ. Nanti kalau dah marah over-over kang masa pengumuman Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti ada berita baik (kita doakanlah)  kena pulak buat statement damage control.

Lagipun kepimpinan negara kan sudah janji tidak akan bebankan rakyat mungkin dalam jangka panjang ada pengubat di sebalik harga petrol naik itu.

Apa kata kita tunggu dan lihat sampai pengumuman Bajet 2015….Ada berita baik atau tidak.