Sepanjang tahun ini Noli banyak melihat orang yang mengemis dekat lampu isyarat di Kuala Lumpur. Noli pernah melihat perkara ini di Tanzania ketika backpack di sana dalam tahun 2008 dan di Indonesia selepas itu. Di Tanzania, apabila pengguna jalan raya berhenti untuk lampu isyarat berwarna merah ramai akan menyerbu kereta yang berhenti. Ada yang jual lighter, jajan dan macam-macam lagi.

Di KL Noli pernah lihat orang yang mengemis berhampiran lampu isyarat dekat Kota Damansara. Tidak jauh dari persimpangan ke Tropicana.

Noli pernah juga lihat pengemis di Selayang. Berhampiran condo Magnaville. Yang Noli perasan yang mengemis di KL ni nampaknya macam keturunan yang sama sahaja. Apakah mereka ini warga Malaysia? Jika ya takkan tidak dapat BRIM atau bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau zakat (jika beragama Islam).

Benarkah mereka ini fakir? Atau sebahagian dari sindiket yang mengaut keuntungan. Ini kerana Noli pernah terlihat peminta sedekah dekat Selayang bercangkung menggunakan telefon bimbit di bawah pokok. Kalau ada handphone tidaklah susah sangat rasanya. Entahlah.

Yang pasti pandangan pengemis di lampu isyarat menyakitkan mata. Dan memberikan gambaran negatif kepada pelancong asing.